Air merupakan antara bahan penting dalam operasi restoran, sama ada untuk memasak, menyediakan minuman, membuat ais atau mencuci bahan makanan. Namun, selain memastikan bahan mentah mempunyai status halal, sistem penapisan air yang digunakan juga wajar diberi perhatian.
Persoalannya, adakah penapis air di restoran anda mempunyai pengesahan halal?